Wednesday, April 04, 2012

Bersih3.0: Pesakit jantung, OKU, warga Emas akan dikerah

Bersih3.0 pada 28 April akan mengerah pesakit2 jantung, OKU, Warga Emas untuk ikut serta. Pada Bersih 9 Julai tahun lalu, hanya seorang yang mati, kali ini, penganjur mahukan agar lebih ramai yang mati semasa perhimpunan itu.

Apabila ramai yang mati, maka yang disalahkan adalah pasukan keselamatan atau pasukan perubatan.

Penganjur Bersih2.0 tidak puashati kerana perhimpunan mereka pada masa lalu tidak berimpak terhadap kebangkitan rakyat. Hanya kerajaan yang terkial-kial menyahut seruan mereka. Apabila kerajaan menubuhkan PSC untuk mengkaji tuntutan mereka, ternyata usaha itu bagaikan menabur garam dilaut.. kerja sia-sia.

Pembangkang berusaha agar provokasi mereka memankin kebangkitan rakyat agar situasi di negara ini akan mencontohi negara2 arab yang mengalami Arab Spring.

Apabila situasi tidak terkawal berlaku dalam negera, maka mudahlah bagi mereka meminta negara asing yang sememangnya menunggu masa untuk masuk campur.

Pihak pembangkang terpaksa mempergunakan taktik provokasi kerana mereka tahu bahawa mereka hanya mendapat sokongan minoriti dalam negera ini.

7 comments:

Unknown said...

Mungkin mereka akan angkut turun semua penghuni rumah orang tua & OKU di Selangor, Penang, Kedah & Kelantan nak bagi timbul isu lagi lepas ni!

Silap-silap, pesakit wad ICU pun diorang angkut!!

FLAT 4 TINGKAT KERINCHI - TAKDA RUMAH KE, MEMANG SENGAJA TAK NAK PINDAH, NURUL? Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

Medan Tempur Kedah said...

TUAN MOHON PAUTKAN BLOG medantempurkedah.blogspot.com KE BLOG TUAN TERIMA KASIH

nickko said...

proses pilihanraya negara ini sebenarnya sudah cukup adil sehingga negeri paling maju di Malaysia boleh jatuh ketangan pembangkang, malah ada negeri Pakatan yang telah ditadbir lebih dari 20 tahun.. itu adalah bukti jelas bahawa pilihanraya di negara ini adil dan bersih..

perhimpunan Bersih 2.0 dan 3.0(bakal) sebenarnya bukan untuk 'membersihkan' proses pilihanraya, sebaliknya untuk membolehkan pembangkang merampas negara ini tanpa melalui proses pilihanraya yang adil.. mereka tahu penyokong mereka semakin berkurangan dan situasi itu akan menggagalkan hasrat mereka merampas Puterajaya..

nickko said...

kali ini entah berapa agaknya dana asing yang diterima oleh Ambiga untuk melancarkan huru-hara.. sepatutnya ISA ditubuhkan semula untuk menyekat kebebasan penganjur2 perhimpunan Bersih yang semakin naik kepala..

kesian bila tengok peserta perhimpunan terkinjal2 di atas jalanraya menjadi perisai kepada pemimpin2 yang gila kuasa..

Anonymous said...

perhmpunan bersih tdak memberi apa2 faedah pun, ia hnya menghuru harakan negara kita.

Anonymous said...

Salahkan Bersih 3.0 jika ramai yang jadi mangsa akibat perhimpunan ini. Terdesak sangat hingga pesakit jantung, OKU dan warga emas pun dikerah untuk sama2 menyokong perhimpunan Bersih.

kamilla said...

Perhimpunan seperti ini tidak akan membawa sebarang penyelesaian.

Blog Archive