Sunday, April 15, 2012

Apa kah impian Anwar tercapai?

Apa kah impian Anwar tercapai?

Anwar telah mencuba berbagai cara untuk mencapai cita-citanya. Di dalam negara, Anwar membuat janji2 retorik. Sementara itu, Anwar meminta sokongan daripada luar negara, terutama dari Amerika, Isreal dan Turki.

Anwar secara senyap mendapat perkhidmatan daripada perisikan Isreal, bagi menghadapi BN, dan seterusnya merealisasikan cita2nya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Akibat tindakan Anwar itu, sokongan akar umbi daripada rakannya Pas di mana sebelumnya berdiri teguh di belakang pembangkang, kini berubah arah. Akar umbi Pas yang berpuluh tahun berjuang meneggakkan negara islam, kini berputih mata, kerana perjuangan puluhan tahun itu, sirna dengan sekelip mata, dan kini digantikan dengan negara berkebajikan.

Dekatnya Anwar terhdap Amerika dan Israel, mengakibatkan akar umbi Pas menjauhi gabungan tiga parti itu. Perkara ini terbukti pada 8 pilihanraya kecil (PRK) selepas PRU-12, di mana semua PRK itu dimenangi BN, termasuk dua kawasan Pas; dan PAS nyaris2 kalah di DUN Manek Urai, Kelantan.

Tindakan Anwar sebenarnya merugikan PAS dan PKR sendiri, walaupun menguntungkan DAP.

PKR dan PAS merebut pengundi kaum melayu. Akibat tindak tanduk Anwar, maka pengundi melayu yang menyokong PKR dan PAS pada PRU-12, kini kembali semula kepada BN.

Kaum melayu merasa tertipu. Mereka melihat bagaimana sepak terajang DAP di Pulau Pinang terhadap kaum melayu, demikian juga di Selangor, walaupun Selangor berMBkan Melayu.

Kini kaum melayu sedar, bahawa perjuangan Anwar adalah untuk menjadi Perdana menteri, bukannya untuk rakyat.

Kaum melayu melihat, bahawa Anwar adalah boneka DAP dan negara2 asing. Anwar akan gadaikan negara demi cita2nya.

Kaum melayu melihat, bahawa Anwar akan mengenepikan nilai2 sosial dalam negara ini, apabila beliau sanggup bersengkokol dengan mereka yang anti islam seperti Ambiga.

Kaum melayu melihat, jika Anwar dibenarkan menjadi Perdana Menteri, maka LBGT akan dibenarkan, kononnya demi kesamaan hak.

Kaum melayu melihat, bahawa jika Anwar dibenarkan menjadi Perdana Menteri, maka kaum melayu/bumiputera akan tertinggal jauh, kerana mereka tidak akan dibela lagi. Anwar akan melaksanakan meritrokarsi di semua bidang, termasuk dalam bidang pendidikan.

Kaum bumiputera/Melayu akan kehilangan peluang menyambung pengajian di peringkat universiti, kerana pemansuhan PTPTN. Walaupun semua IPTA adalah percuma, namun pelajar tidak akan mampu memgikuti kuliah, kerana tiada kemampuan sara hidup.

Anwar mahu bumiputera/melayu terus ketinggalan, agar mudah diperkotak katikan.

Rasanya berasaskan keadaan yang seperti yang disebutkan, Anwar bakal gagal mendapatkan cita-citanya.

Anwar akan tetap jadi ketua Pembangkang, kalau diberikan oleh DAP.

Parti Isteri Anwar PKR, tidak akan mampu mempertahankan 31 Kerusi yang dimenangi pada PRU-12.

Atas sebab itu, Anwar akan kekal dengan impinannya untuk menjadi PM sehinggalah ke liang lahad. Sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive