Thursday, March 08, 2012

Skandal NFC: Baki akaun hanya RM421.00 mampu pinjam RM4 juta!!!

Semakin berlarutan skandal NFC, maka semakin banyak pendedahan yang dibongkar oleh pihak PKR.

Kalaulah tiada salah laku, pasti tiadalah isu yang boleh didedahkan.

Terkini, PKR mendedahkan, bagaimana Pengerusi Eksekuif NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, suami kepada Datuk Shahrizat Jalil, yang hanya mempunyai baki simpanan RM421.00 akan tetapi mampu mendapat pinjaman RM4,391,240 untuk membeli hartanah.

Menurut pendedahan yang dilakukan PKR, suami kepada Shahrizat itu mampu mendapat pinjaman tersebut atas sebab, beliau memindahkan RM71.4 juta kepada akaun sebuah bank yang mana wang tersebut berasal daripada RM250 pinjaman daripada kerajaan.

Melalui pendedahan terbaru, ahli keluarga Mohamad Salleh telah membeli lapan unit hartanah komersial daripada ECO City yang setiap satunya bernilai antara RM1.1 juta hingga RM1.56 juta.

Masalahnya kini timbul, apabila ahli keluarga Shahrizat gagal membayar angsuran pinjaman itu sejak Ogos,2011. Jika keadaan ini berlarutan, maka kolektrol RM71.4 juta itu terancam. Sekiranya keluarga Shahrizat gagal membayar angsuran harta itu, besar kemungkinan hartanah yang dibeli itu akan disita pihak bank. Jika ini berlaku, maka tunggakan bayaran akan ditolak kepada kolektrol itu.

No comments:

Blog Archive