Monday, March 12, 2012

Rangka kanak2 rentung disahkan Nurul Nadirah:Polis

PASIR GUDANG: Rangka kanak2 yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan.

Nurul Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang 5 tahun dilaporkan hilang pada pukul 11 pagi 1 mac lalu ketika anak kedua daripada tiga beradik itu telah diberi wang RM4 dan sekeping nota untuk membeli dua bungkus mi segera dan telur.

Bagaimanapun, mangsa masih tidak pulang selepas hampir sejam menyebabkan Roselyn dan suami, Lima Medang, 25, pergi mencari Nurul Nadirah di kedai runcit tersebut tetapi dimaklumkan bahawa kanak-kanak itu telah beredar pulang sejurus membeli barang-barang yang dimahukannya.

No comments:

Blog Archive