Latest News

Kerajaan tolak tubuh tribunal siasat Gani dan Musa

Kerajaan menolak desakan bagi menubuhkan sebuah tribunal untuk menyiasat dakwaan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah menyalahgunakan kuasa mereka ‘menganiaya’ beberapa pegawai polis yang sedang menyiasat seorang tokoh kongsi gelap.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, bahawa beliau telahpun menjawab mengenai perkara ini di parlimen, pada tahun 2009. Tiada tribunal akan ditubuhkan untuk menyiasat Gani dan Musa.

Malaysiakini minggu lalu melaporkan bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Johari Baharom mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Ramli Yusuff untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.

Menurut Ramli, siasatan berkenaan mendedahkan bahawa Musa bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.

Abdul Gani pula didakwa mempergunakan BPR bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumnpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan ini, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh.

0 Response to "Kerajaan tolak tubuh tribunal siasat Gani dan Musa"

Blog Archive