Tuesday, March 13, 2012

Dirang anak cilik: Kenapa perlu dibunuh?

APA dosa anak kecil yang bernama Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang 5 tahun dibunuh lalu dibakar?

Anak kecil itu pada 1 mac hanya berbekal 4 ringgit untuk membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di mana mangsa tinggal bersama ibu dan bapanya.

Mayat Dirang yang rentung disahkan oleh pihak polis apabila DNA mayat itu sepadan dengan DNA ibu kandungnya.

Sebelum ini, pihak polis Johor telah menjumpai mayat rentung di sebuah ladang kelapa sawit Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 mac lalu. Hasil siasatan awal, mayat rentung itu milik orang dewasa, kerana pihak forensik polis menghadapi kesukaran mengenal pasti kerana keadaan mayat yang hangus terbakar.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang.

Polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

Tempoh tahanan reman keempat-empat suspek yang ditahan berhubung kehilangan Dirang akan dilanjutkan bagi membantu siasatan.

No comments:

Blog Archive