Friday, February 03, 2012

PKR terus menekan Shahrizat

Rafizi Ramli-Pengarah Strategik PKR mengancam,bahawa semepena kembalinya Shahrizat bertugas pada 6 Februari ini akan disambut dengan lebih banyak pendedahan yang berkaitan pinjaman wang RM250 juta kepada NFC-syarikat keluarga Shahrizat.

Isu NFC terus menghangat, berpunca daripada laporan Ketua Audit Negara (KAN) yang melaporkan banyak kelemahan terhadap projek pembekal daging lembu di Gemas negeri Sembilan tersebut.

Ekoran daripada itu, seorang bekas kakitangan NFC yang dipecat kerana pecah amanah, membalas dendam dan menjual maklumat kepada PKR untuk mendedahkan operasi NFC di bawah pengurusan suami Shahrizat berserta tiga anaknya.

Ekoran pendedahan tersebut, kini semua aset NFC dibekukan walaupun operasi berjalan seperti biasa.

Isu NFC tambah panas apabila seorang bernama Shamsulbaharin Ismail didakwa di mahkamah kerana menipu suami Shahrizat- Dr Mohd Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta, dimana wang tersebut menurut tertuduh adalah wang yang disediakan oleh CEO NFC itu untuk merasuah pihak polis agar menghentikan siasatan terhadap NFC.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis negara telah membuat kenyataan bahawa tiada unsur pecah amanah dalam pegunaan wang pinjaman RM250 juta daripada kerajaan yang diberikan kepada kepada NFC.

Kini, pihak SPRM dan polis sedang menyiasat NFC apa kah ada unsur salah guna penggunaan wang pinjaman tersebut.

Shahrizat walaupun beberapa kali menafikan bahawa beliau tidak terlibat dengan pengurusan NFC, namun berbagai pihak mendesaknya bertanggung jawab secara moral, kerana NFC adalah kendalian keluarganya.

Shahrizat mendapat desakan berundur daripada kabinet bukan sahaja daripada pembangkang akan tetepi daripada kalangan Umno sendiri.

Terkini, Ketua Bahagian Umno Cheras meminta Shahrizat berundur, agar parti tidak terus tercemar kerana isu ini.

No comments:

Blog Archive