Latest News

PKR bermain catur: Rangka tindakan pasca PRU-13

Bertempat di Lumut Perak, pada 24-26 Februari, PKR mengatur strategi bagi menghadapi keputusan PRU-13.

Parti itu melakar strategi apa tindakan yang akan dibuat, KALAU: Kalah, mempertahankan status quo, menang dan menang dengan 2/3 atau menang tapi BN istihar darurat.

Pada PRU-12, PKR hanya menang 31 kerusi. Gabungan tiga parti DAP-PAS-PKR menguasai 82 kerusi parlimen daripada 222. Jumlah 82 kerusi itu, mengakibatkan BN kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat, walaupun meneruskan pemerintahan negara sejak merdeka.

Berasaskan kepada keputusan PRU12 itu, gabungan tiga parti yang menamakan gabungan mereka dengan Pakatan Rakyat, yakin mampu menumbangkan kerajaan BN yang dianggotai oleh 13 parti komponen.

PRU-13 akan diadakan bila-bila masa daripada sekarang sehingga April,2013.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, mencadangkan kepada Najib, agar kerajaan menamatkan tempoh 5 tahun, bagi memberi peluang kepada semua perancangan yang dibuat oleh kerajaan berjaya terlebih dahulu, sebelum kerajaan meminta mandat daripada rakyat.

Selain itu, rakyat dapat membezakan pencapaian yang dilakukan oleh kerajaan BN di negeri2 yang diperintahnya berbanding dengan negeri2 yang diperintah pembangkang.

1 Response to "PKR bermain catur: Rangka tindakan pasca PRU-13"

usin said...

rangkalah apa2 tindakan yg patut. itupun kalau pr masih ada rangka selepas pru13 nanti...

Blog Archive