Wednesday, February 15, 2012

PAS dan DAP bermain wayang

Sementara PAS sibuk menentang sambutan Hari Kekasih,kerana menurut parti itu sambutan itu diamalkan oleh penganut kristian,namun DAP memberi reaksi berbeza sepertimana diinyatakan oleh Pengerusinya, Karpal Singh mempertikai sikap PAS itu atas alasan budaya itu telah diterima oleh semua negara dan ia diterima oleh sebahagian rakyat Malaysia khususnya bukan Islam.

Apakah perbezaan pandangan dan sikap antara PAS dan DAP itu satu tanda kedua parti itu tidak boleh bersekutu dalam satu pakatan politik seperti yang sepakati melalui Pakatan Rakyat?

Perbezaan sikap antara keduanya dalam isu Hari Kekasih adalah salah satu dari banyak isu yang kedua-duanya tidak sekata. Malah isu hudud yang dikira penting pada PAS adalah jelas tidak disetujui oleh DAP.

Tetapi peliknya PAS boleh bekerjasama membentuk pakatan politik dengan DAP dan cuba bersaing dengan Barisan Nasional.

PAS mengaku bahawa tidak setuju dalam banyak perkara dengan DAP dan DAP juga setuju yang ia banyak pandangan berbeza dengan PAS, tetapi kedua-duanya telah bersetuju untuk bersetuju dengan perkara-perkara yang boleh disetujui dan bersetuju untuk tidak bersetuju dengan perkara yang tidak disetujui.

Dengan kenyataan Karpal yang pihaknya tidak setuju dengan pendirian PAS tentang Hari Kekasih itu dapat difahami dan PAS memang mengetahui DAP dan penyokong-penyokong menganut kebudayaan itu termasuk ahlinya yang berbangsa melayu dan beragama islam.

PAS pula ada hak untuk menyatakan pandangannya berhubung dengan perkara yang ada hubungan dengan agama Islam. Namun DAP kebanyakkannya tidak faham dan mempertikai pendirian PAS mengenai Islam.

Walaupun terdapatnya perbedaan yang wujud sejak awal itu namun tidak menghalang keduanya untuk mengadakan muafakat politik kerana menurut mereka,ini lah masanya peluang itu untuk menggantikan BN daripada pemerintahan negara.

Sebagaimana kenyataan Dr Hassan Ali, Pas perlu menelan dahulu, perkara-perkara pokok, yang penting berkuasa dahulu.

Sebenarnya antara PAS dan DAP, kedua parti itu bermain wayang-di mana PAS menunjukkan ianya masih parti islam,sementara DAP memperlihatkan bahawa parti itu tetap dengan anutannya-anti islam.

No comments:

Blog Archive