Sunday, February 05, 2012

Kalau Tok Guru dah rasa sedap-peduli apa- teruskan sahaja: Awang Selamat

Jika tidak silap, Nik Aziz, 81, adalah wakil rakyat paling lama dalam sejarah tanah air. Beliau mula menjadi calon pilihan raya pada tahun 1967.

“Jawatan Menteri Besar pula sudah empat penggal iaitu melebihi 21 tahun. Pun tidak cukup lagi,” tulis Awang dalam ruangan ‘Bisik-bisik Mingguan’ hari ini.

Menurut Awang lagi, tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz masih mahukan jawatan tersebut.

Beliau juga menyindir Mursyidul Am itu yang dikatakan hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak lagi tajam.

“Kenyataannya juga selalu mencelarukan, yang tidak mencerminkan beliau seorang Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS.

“Itu belum menyentuh soal prestasi pentadbiran beliau yang dianggap lemah. Misalnya, isu air bersih, yang merupakan keperluan asas untuk rakyat Kelantan sehingga hari ini belum dapat diselesaikan.

“Tetapi Nik Aziz ada kuasa untuk mewajarkan kedudukannya sampai bila-bila yang beliau mahukan,” tulisnya lagi.

Awang mengakhiri ruangan berkenaan dengan mendakwa beliau sesungguhnya kasihankan Nik Aziz.

“Beliau sudah hilang keyakinan untuk mencermin diri dan memahami realiti. Apa pun, kuasa sememangnya mudah melekakan manusia. Kalau Tok Guru sudah sedap - peduli apa - teruskan sahaja.”

1 comment:

Anak Lenggong said...

Simusang berjanggut ni hanya pandai mengkritik orang lain tapi pabila dia sendiri yang melakukan perkara yang sama dibolehkan pulak.

Sebenarnya orang tua ni takut untuk meletak jawatan sebab dia tau bukan semua ahli PAS suka kepadanya..dia takut sekiranya tanpa sebarang jawatan dia akan dihina oleh ehli yang sendiri dan kemungkinan kalau bersua dijalanan pun orang yang lalu lalang arang tidak mempedulikannya kerana menganggap pengemis tua mana pulak..

Blog Archive