Latest News

Hubungan sulit -bertukar tragik

PETALING JAYA: Polis mengesyaki kematian seorang suri rumah di Seri Kembangan malam Jumaat lalu bukanlah mangsa rompakan dan bunuh tetapi sebaliknya mangsa hubungan sulit yang bertukar menjadi tragik.

Menurut sumber, Goh Chew Ping, 39, yang ditemui mati berlumuran darah di dalam kereta di sebuah lapangan tempat letak kereta di Seri Kembangan, Serdang mungkin mengenali pembunuhnya.

Kata sumber tersebut, polis kini sedang menjejaki bekas kekasih mangsa untuk membantu siasatan.

Adalah difahamkan siasatan awal mendapati tidak ada tanda-tanda kereta mangsa dipecah masuk.

Satu lagi kemusykilan yang timbul ialah mengapakah mangsa ditemui mati di tempat duduk penumpang di kerusi hadapan dan bukan di kerusi pemandu.

Polis juga turut menemui limau mandarin yang sudah dikupas tetapi tidak habis dimakan di dalam kereta mangsa. mstar online

0 Response to "Hubungan sulit -bertukar tragik"

Blog Archive