Latest News

901 Bebaskan Anwar: Azmin disiasat polis

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dipanggil melapor diri kepada polis esok berhubung siasatan terhadap perhimpunan 9 Januari lalu di kompleks mahkamah Kuala Lumpur, kata Naib Presiden N Surendran.

Surendran bagaimanapun beranggapan siasatan itu bermotif politik dan dibuat dengan niat jahat bagi mengganggu dan menakut-nakutkan kepimpinan PKR.

"Harus diingat polis sendiri yang bersetuju agar perhimpunan 901 diadakan di hadapan bangunan Mahkamah Jalan Duta.

"Justeru mengapa diadakan siasatan ini?" soal Surendran yang juga peguam hak asasi manusia.

0 Response to "901 Bebaskan Anwar: Azmin disiasat polis"

Blog Archive