Sunday, January 08, 2012

Sodomi II Anwar: Mungkin ditangguh?

MELIHAT gelagat yang tidak kondiusif, kemungkinan Hakim Mohd Zabidin Md Diah menangguhkan keputusannya pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Anwar seolah-olah mengetahui bahawa keputusan itu akan ditangguhkan, kerana menurut acara perjalanan pemimpin umum PKR itu, pada petang esok dia dan isterinya akan berlepas ke Mummbai India dan kemudian akan terus ke Turki.

Sekiranya, keputusan sodomi II diteruskan juga, ada kemungkinan besar berlaku rusuhan daripada para penyokong Anwar. Jika ini berlaku, sudah tentu kemalangan tidak boleh dielakkan.

Tiada jaminan yang boleh dipegang, jika membabitkan ribuan manusia, pasti ada sahaja kambing hitam yang terlepas untuk membuat huru hara.

AYT berspekulasi, bahawa keputusan sodomi II akan ditangguhkan. Walau bagaimana, sama-sama kita tunggu esok, apa kah ada kebenaran anggapan ini.

No comments:

Blog Archive