Wednesday, January 11, 2012

Saya minta NST untuk ditemuramah:RPK

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menafikan dakwaan bahawa beliau memberi “izin” untuk ditemuramah oleh akhbar New Straits Times, tetapi sebaliknya menjelaskan bahawa beliau yang meminta untuk ditemu bual oleh akhbar berkaitan Umno itu.

"Pertama sekali, saya tidak 'izin' untuk ditemu bual. Izin bukan perkataan yang sesuai untuk digunakan apabila saya yang meminta untuk diwawancara.

"Ya, mereka tidak minta. Saya yang meminta (untuk ditemu bual) NST, " katanya dalam blognya semalam.

Dalam artikel berJudul ‘Siapa yang telah hilang plot?', Raja Petra menagkis bidasan daripada bekas penyokongnya kerana ‘bercakap’ kepada NST dan Utusan Malaysia milik Umno.

Raja Petra mengingatkan mereka bahawa dia pernah mengambil bahagian dalam kempen untuk memboikot NST dan Utusan pada tahun 2000 dan pernah mengharamkan media arus perdana daripada membuat liputan di konvensyen PKR.

Bagaimanapun, Raja Petra berkata tidak ada keperluan untuk beliau menjelaskan perubahaan itu dan menekankan bahawa beliau adalah individu yang tidak dapat diduga dan bukan konvensional dalam caranya.

Katanya lagi, sekiranya beliau menjelaskan rasional itu, beliau akan mendedahkan strategi sebenar.

Menurutnya mereka yang perlu tahu apa yang berlaku di fikirannya adalah pasukannya dan mereka di sekelilingnya.

"Lagipun, siapa awak yang saya perlu beritahu mengenai apa yang saya lakukan,” kata Raja Petra kepada pengkritiknya itu.

No comments:

Blog Archive