Monday, January 16, 2012

Isu NFC mempunyai kesan politik pada kerajaan BN

TIDAK henti-henti, pembangkang mendedahkan berbagai kepincangan dalam pengurusan NFC. Terbaru, didedahkan bahawa keluarga Shahrizat-Suaminya bersama tiga anaknya menggunakan wang daripada NFC untuk membayar krediti kad berjumlah RM600,000 pada tahun 2009 sahaja.

Sebelum ini pihak pembangkang telah mendedahkan bahawa sebahagian daripada wang pinjaman RM250 juta daripada kerajaan digunakan untuk membeli kondo, kereta mewah, biaya percutian dan umrah.

Hari ini, Lim Kit Siang mendedahkan pula jumlah gaji bulanan suami Shahrizat yang berjumlah RM100,000 sebulan, dua anaknya menerima RM35,000 sebulan setiap seorang dan yang seorang lagi bergaji RM45,000 sebulan.

Mewah sungguh!!!!

No comments:

Blog Archive