Latest News

Isu Murtad, Homoseks, seksualti merdeka sudah halal pada PAS

Wakil Rakyat Pas untuk Shah Alam -Khalid Samad berkata, isu LBGT, murtad tidak akan mengurangi penyokong Pakatan Rakyat.

Melalui kenyataan tersebut, kini PAS sudah mengiktiraf bahawa masalah murtad, LBGT sudah menjadi fenomena dalam negara.

Bagi Parti-parti Pakatan termasuk PAS gejala seumpama itu perlu diterima sahaja, kerana fenomena ini bukan sahaja berlaku dalam negara, tetapi secara global.

Di barat, perkahwinan sejenis merupakan hak asasi manusia, walaupun ianya ditentang oleh semua agama.

Atas sebab kecenderungan itu, maka pemimpin utama PKR Anwar Ibrahim mengakui, bahawa apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, maka undang-undang yang menghalang kebebasan hak ini dianggap sebagai lapuk.

Bagi parti PKR dan DAP menghalalkan LBGT atau murtad bukan merupakan isu penting, kerana parti itu bukan  parti islam, akan tetapi, apabila PAS ikut sama, maka ianya meupakan perubahan total parti yang mengelar parti Islam SeMalaysia itu.

Sayang PAS yang diterajui yang menghanggap diri mereka ULAMAK, disebabkan merebut kuasa duniawi, maka prinsip akidah diketepikan.

Pada PRU, sesiapa sahaja umat melayu islam yang menyokong PAS, bererti mereka juga bersetuju dan bersengkokol dengan agenda para pemimpin mereka.

Mungkin ini yang dimaksudkan oleh PAS, masuk syurga cara PAS.

0 Response to "Isu Murtad, Homoseks, seksualti merdeka sudah halal pada PAS"

Blog Archive