Tuesday, January 24, 2012

FLOM belanja besar di Sydney: Kolumnis pertahan dakwaannya

Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

2 comments:

Cheguman said...

Kalau betul dakwaan tu, saya tumpang bangga. Jangan hanya orang lain shj yg mampu.

usin said...

ada berapa kerat melayu yg boleh soping moping sampai bnyk tu? asyik2 artis barat je la. belanja hari jadipun sampai juta2. takpe rosmah. belanjalah selagi berduit. cuma kena ingat, dari mana sumber soping moping tu. kalau sendiri punya aku tumpang bangga. kalau sakau duit rakyat, hidup bukannya lama. lg bnyk sakau, lagi lama duduk dlm neraka.

Blog Archive