Latest News

Beri ruang pada Hassan Ali: Ahmad Maslan

Parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta menyediakan ruang dan platform kepada bekas Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hasan Ali untuk berceramah di Selangor bagi membolehkannya mendedahkan hakikat sebenar yang berlaku dalam Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti komponen BN tidak perlu gentar untuk menjemput bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu, kerana beliau bukan lagi ahli mana-mana parti pembangkang.

"Hasan dipecat daripada Pas, maka beliau kini bebas untuk berceramah di mana-mana sahaja dan UMNO mengalu-alukan jika beliau ingin turun ke Kuala Langat.

"Apa yang pasti, beliau akan berceramah atas tiket pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya ahli parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di hadapan 2,000 ahli BN sempena Majlis Penerangan Perdana Parlimen Kuala Langat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jugra, Banting di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi BN Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan.

Melalui Hasan, katanya, rakyat boleh mengetahui hubungan dingin antara Pas dan DAP dalam kerajaan PKR Selangor.

"Rakyat perlu tahu perkara sebenar yang berlaku dalam kerajaan negeri selama ini sehingga membawa kepada pemecatan beliau sebagai Pesuruhjaya Pas dan seterusnya sebagai ahli Pas dan Pengerusi yang menjaga hal ehwal agama Islam," katanya.

0 Response to "Beri ruang pada Hassan Ali: Ahmad Maslan"

Blog Archive