Wednesday, January 11, 2012

Bapa Saiful- Bidas Majlis Peguam

Bapa mangsa liwat Anwar Ibrahim membidas Majlis Peguam kerana majlis itu berharap agar pihak Peguam Negara tidak membuat rayuan ke atas pembebasan Anwar.

Bapa Saiful-Azlan Mohd Lazim (gambar) berkata seharusnya Majlis peguam perlu berkecuali dalam perkara ini, kerana ianya membabitkan seseorang rakyat negara ini meminta keadilan bagi dirinya.

Gesaan Majlis Peguam selari dengan kenyataan Peguam Utama Anwar-Karpal Singh agar pihak Jabatan Peguam Negara tidak membuat rayuan.

Anwar dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin, kerana tidak dapat mensabitkan Anwar berasaskan DNA yang dikemukakan kerana DNA tersebut diragukan ketulinannya.

No comments:

Blog Archive