Wednesday, January 25, 2012

Apa kah Umno Sabah bergolak?

Apabila Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Salleh Tun Said memberi isyarat, bahawa ahli umno perlu hanya setia kepada parti, bukannya kepada pemimpin, kerana pemimpin saling berganti,datang dan pergi; menampakan ada sesuatu pergolakan dalam Umno terutama di Sabah.

Umno Sabah, sejak akhir-akhir ini berkocak, ekoran spekulasi ada beberapa pemimpin Umno Sabah bertaraf wakil rakyat akan berpaling tadah.

Sejak hujung tahun lalu, nama-nama pemimpin seperti Datuk Lajim Ukin, Datuk Ghafur Salleh, Datuk Bung Moktar diisukan akan berpaling tadah.

Malah angin yang semakin kencang menerepa Lajim, ekoran ucapannya pada satu majlis anjuran pemimpin pembangkang.

Namun, lajim dengan cepat menafikan bahawa kehadirannya dan berucap pada majlis anjuran pembangkang itu menandakan beliau berpaling tadah. Lajim, malah mendakwa bahawa kehadirannya pada majlis tersebut disalah tafsir oleh musuh-musuh politiknya.

Sementara itu, kelibat Ghafur Salleh dan Bung Moktar, hanya merupakan rekaan orang-orang tertentu, kerana tiada tindakan kedua-dua pemimpin ini yang boleh ditafsirkan akan berpaling tadah.

Di Sabah terutama cerita-cerita ghurka-ghurka politik, kononnya hubungan antara Musa Aman sebagai Pengerusi Umno Sabah dan Naib Presiden Umno, Datuk Safie Afdal hanya akrab diluaran sahaja, sedangkan secara dalaman, kedua-dua pemimpin itu saling bercakaran. Setidak-tidaknya itulah isu yang dijajah oleh ghurka-ghurka politik di Sabah.

Di antara pemimpin Umno Sabah, hanya Safie yang berpotensi menggantikan Musa berasaskan kepada faktor- Safie adalah Naib presiden Parti, berpengalaman sebagai menteri persekutuan dan dikatakan sebagai "blueboy" Najib.

Di lain pihak pula, Musa mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sejak dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, perolehan Sabah terus meningkat, dari kedudukkan kewangan negeri yang hampir muflis.

Saban tahun, bajet Sabah terus meningkat dan pada tahun 2012,Musa membentangkan bajet melebih RM4 biliion dua tahun berturut-turut sejak tahun 2011.

Sebenarnya Musa tidak mempunyai musuh politik, kalau adapun adalah daripada Salleh, Pandikar dan Amir Kahar, ekoran tidak dicalonkan para pemimpin "giant" itu pada PRU-12 lalu.

Namun, ketika ini, Salleh, Pandikar dan Amir telahpun sekubu dengan Musa, malah Salleh secara tidak langsung sebagai jurucakap Musa.

Satu persoalan, kenapa kah Salleh boleh membuat kenyataan di Kedamaian, Kota Belud, pada Ahad bahawa ahli parti hanya perlu setia kepada parti, bukannya kepada pemimpin? Apa kah melalui kenyataan itu, memang akan berlaku bahawa ada pemimpin Umno berpaling tadah? sama-sama kita tunggu perkembangannya.

2 comments:

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Kenapa DT Salleh berani bersuara di DUN Kedamaian?

Kenapa Dt Salleh tidak berani bersuara di DUN USUKAN? dan kenapa tidak lantang bersuara di DUN Tempasuk?

Setakat ini belum ada yang tampil ke hadapan dan memberi info. Semua persoalan belum terjawab.

Betul kah cerita yang mengatakan Dt Salleh sering menjauhdiri daripada penyokong Usukan maupun penyokong Tempasuk?.

Betul kah Dt Salleh bakal kecundang ditangan pembangkang?
di DUN Usukan, maupun kawasan Parlimen?

Ada suara mengatakan, jika Dt Salleh terus mengetepikan penyokong DUN Usukan atau DUN Tempasuk, ada kebarangkalian semua penyokong BN di situ akan masuk ke pintu gerbang pembangkang.

Jika Dt Salleh berterusan tidak turun ke padang, berjumpa dgn penyokong di DUN Usukan atau di DUN Tempasuk, maka cita cita untuk memenangi DUN tersebut sukar untuk di ramal.

Dt Salleh perlu fikir fikir agar rakyat tidak dipinggirkan. Jika rakyat dipinggirkan, rakyat bakal meminggirkan calon BN.

SUARA RAKYAT said...

AYT membaca di twitter DSSK, beliau juga selalu turun padang, termasuk di Tempasuk, menghadiri mesyuarat2. Pada 13 Januari, Umno Kota Belud telah bermesyuarat dihadiri oleh semua YB daripada Umno bertempat di Pejabat Datuk Musbah kg Taun Gusi.

Blog Archive