Tuesday, January 24, 2012

Aktiviti memurtadkan penganut islam akan bertambah di Selangor: Perkasa

Perkasa memberi amaran bahawa usaha memurtadkan masyarakat Islam di Selangor akan diperbeharui selepas Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih peranan mengurus hal ehlam negeri tersebut.

“Akidah Islam, Muslim dalam bahaya di Selangor. Perkasa bimbang terdapatnya cubaan Kristianisasi yang lebih agresif, terutamanya dengan Khalid yang bertanggungjawab terhadap portfolio exco bagi hal ehwal Islam,” jelas setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar)kepada Themalaysianinsider.

“Perkasa merasakan Islam di Selangor akan bertambah lemah sekiranya seseorang yang tidak layak mengetuai portfolio agama. Jika diperhatikan, exco yang memegang jawatan itu di setiap negeri mempunyai latar belakang agama yang kukuh,” kata Syed Hassan.

“Dengan Khalid, maksiat akan meningkat di Selangor,” Syed Hassan menambah, mengulangi kenyataan presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata MB Khalid tidak berniat untuk menjaga kepentingan masyarakat Muslim, sebaliknya berminat untuk memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaannya semata-mata demi pilihan raya dalam masa terdekat ini.

No comments:

Blog Archive