Latest News

Umno tidak bodohkan melayu, sebaliknya Pas pesongkan akidah kaum melayu

Yang jelas dan Pasti, Pas tidak boleh menggantikan Umno. Umno tidak diperkudakan oleh mana-mana pihak, manakala Pas, terus diperkudakan oleh DAP.

Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa dalam negara, kaum melayulah menjadi teras kepada politik negara.

Umno memberitahu kaum melayu agar memberi sokongan terus kepada parti itu untuk meneruskan pembelaan terhadap kaum terbesar itu, sebaliknya Pas meminta sokongan kaum melayu melalui pemesongan akidah, sehingga mereka tergamak berkata, masuk pas sama dengan masuk syurga.

Pas juga memesongkan akidah kaum melayu, apabila menolak kerjasama dengan Umno, kerana kononnya, parti Umno adalah parti orang kafir, namun sebaliknya Pas tidur sebantal dengan DAP.

Parti mana yang memperbodohkan kaum melayu? Umno kah PAS!

Para penyokong Pas begitu taksub kepada pemimpin Pas, sehingga ada yang menyamakan Nik Aziz dengan nabi...sedangkan dalam islam hukumnya itu kufur.

Percayalah sebenarnya yang memperbodohkan kaum melayu itu bukan Umno tetapi Pas.

Walaupun, Pas begitu ghairah kerana keputusan PRU-12, keghairahan Pas itu tidak akan berulang pada PRU-13.

Keadaan pada PRU-12 berlain, kerana Presiden UMNO masa itu terlalu lemah dan penuh dengan kontraversi, flip flop dan tidak mempunyai haluan yang jelas.

Pada PRU-13 akan datang, sebanyak 120 kerusi parlimen yang berteraskan melayu akan menjadi rebutan antara Pas-Umno dan PKR,62 kerusi kaum bumiputera Sabah dan Sarawak dan 40 kerusi kaum cina dan india.

Kedudukkan kini, untuk kerusi majoriti melayu; Umno 78, Pas 23 dan PKR 18. Daripada jumlah itu, Pas mensasarkan 63 kerusi, manakala PKR 30. Sebaliknya Umno, yakin akan menang antara 80-90 kerusi majoriti kaum melayu.

Jika Umno di Semenanjung mampu menang 90 kerusi, maka sudah pasti BN akan mendapat kuasa 2/3 kerana Sabah dan Sarawak akan menyumbang sekurang-kurangnya 48 kerusi, sementara MIC, MCA boleh menyumbang antara 10-15 kerusi.

Malangnya apabila berlaku kesimbangan antara jumlah kerusi yang dimenangi Umno, Pas dan PKR; 40:40:40; maka sudah tentunya parti yang mempunyai kerusi terbanyak masa itu adalah DAP, kerana tiada partipun, baik daripada BN mahupun PR yang boleh mengatasi jumlah kerusi DAP. Dalam senario inilah, DAP akan memerintah, walaupun Perdana Menteri mungkin daripada kaum melayu.

PAS berkata, DAP tidak mungkin memerintah, kerana di Terengganu dan Kelantan misalnya, DAP tidak bertanding, tetapi PAS lupa, bahawa kerajaan Pusat dikuasai oleh DAP, selain Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Inilah yang dimaksudkan oleh Umno, bahawa DAP yang memerintah walaupun, jumlah kerusi melayu lebih banyak di menangi oleh Pas dan PKR.

Sebaliknya, jika Umno yang mendapat kerusi majoriti melayu, maka Umnolah yang memerintah sepertimana berlaku sejak merdeka lagi. Oleh itu, jangan terkeliru dengan agumentasi para pemimpin Pas dan PKR.

Bukti nyata telah berlaku di Perak dan Selangor, walaupun melayu yang MB, tetapi DAP yang berkuasa.

0 Response to "Umno tidak bodohkan melayu, sebaliknya Pas pesongkan akidah kaum melayu"

Blog Archive