Wednesday, December 14, 2011

Sodomi II: Berjayakah Karpal menimbulkan keraguan??

Pada 12 Disember, penggulungan hujah barisan peguam Anwar, hanya menyerang kredibilti pengadu, kes sodomi II Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebagai tambahan kepada penghujahan mereka, barisan peguam Anwar menuduh bahawa kes sodomi II adalah konspirasi DS Najib terhadap Anwar untuk melenyapkan politik Anwar.

Barisan Peguam Anwar, tidakpun menepis bukti-bukti yang dikemukakan di mahkamah seperti DNA, rakaman CCTV, kehadiran Anwar ditempat kejadian dan sebab, kenapa Anwar tidak mahu disoalbalas semasa memberi keterangan.

Penghujahan peguam Anwar dan Anwar sendiri hanya berbentuk "penafian" semata-mata, gagal mengutarakan "versi" mereka mengenai pertuduhan.

Mereka berhujah, bahawa pertuduhan itu "hanya" khayalan, walaupun perbicaran Sodomi II berjalan hampir dua tahun.

Pada penghujaan Ketua pembela Anwar, Karpal Singh misalnya, secara tidak langsung mengakui bahawa perlakuan liwat berlaku, tetapi berasaskan suka sama suka, bukannya atas paksaan seperti mana pengakuan mangsa.

Malah, Karpal berhujah, bahawa mangsa mempunyai peluang untuk melepaskan diri daripada Anwar pada 26 Jun, 2008, akan tetapi mangsa tidak berbuat demikian. Berasaskan kepada keadaan itu, Karpal menyimpulkan bahawa kejadian liwat itu adalah atas sukarela, bukannya paksaan.

Sebaliknya semasa memberi keterangan di kandang tertuduh, Anwar dengan mutlak menafikan kejadian liwat itu, namun Anwar tidak memberi versinya sendiri, mengapa beliau berada pada lokasi di mana kejadian liwat itu berlaku. Anwar tidak mencabar sama sekali, keterangan mangsa, rakaman CCTV yang diperolehi di tempat kejadian sesuai dengan masa kejadian liwat itu berlaku.

Anwar juga dalam keterangannya, tidak membangkitkan "sakit" belakangnya, di mana menurut saksi albi Anwar-Dr Thomas Hoogland, bahawa Anwar tidak akan mampu melakukan liwat, atas sebab tidak dapat menduduk atau membongkokkan badan.

Peluang yang diberikan pada barisan peguam Anwar dan Anwar sendiri tidak digunakan untuk menimbulkan keraguan ke atas pertuduhan tersebut, sebaliknya penghujahan mereka berunsur "pidato" politik.

Bukti-bukti seperti DNA, rakaman CCTV, air mani tertuduh yang didapati didubur mangsa, tidak dihujah, malah diketepikan dalam pengulungan hujah pada Isnin.

Apa kah esok, semasa membalas pengulungan hujah peguamcara II-Datuk Yusof Zainal Abiden, dimana menurut peguam itu, terdapatnya prima facie terhadap Anwar berjaya disanggah? sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive