Saturday, December 10, 2011

Nik Aziz sudi berkawan dengan syaitan- mandakwa pula Umno dipengaruhi Syiatan

Nik Aziz tidak senang apabila Umno menggunakan jihad, untuk menghadapi pilihanraya akan datang. Alasan yang digunakan oleh Nik Aziz, Umno tidak boleh menggunakan perkatan Jihad, kerana perkataan itu berasal daripada al-qur'an.

Umno kata Nik Aziz, tidak pernah memberitahu ahlinya berperang dengan nafsu dan bisikan syaitan, atas sebab itu tidak layak menggunakan istilah jihad.

Sebaliknya, hanya Pas sahaja yang boleh menggunakan jihad, kerana kononnya parti itu berjuang untuk meneggakan syiar islam.

Inilah masalah Pas, di Muktamar Parti itu, sudahpun menggugurkan perjuangan islam, sebaliknya digantikan dengan negara kebajikan. Namun, diluaran, Nik Aziz masih menggunakan pendekatan islam, agar supaya, apabila DAP marah, maka mudah bagi Datuk Hadi menjawabnya, bahawa itu pendapat peribadi Nik Aziz, bukan pendapat parti.

Pelik juga, kenapa Nik Aziz marah dengan syaitan, sedangkan sebelum ini, beliau berkata, Pas lebih senang berkawan dengan syaitan, berbanding Umno.

Nampaknya, Nik Aziz kepanasan apabila Umno meminta 3 juta lebih ahlinya berjihad untuk mempertahankan kuasa melayu di tanah air melayu. Mempertahankan melayu, sama ertinya mempertahankan agama islam, kerana majoriti ahli Umno adalah islam.

Pas sebaliknya, meminta penyokongnya dan rakyat yang simpati kepadanya untuk menyokongnya dalam pilihanraya untuk mendapatkan kuasa, agar supaya, pemimpin seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh boleh menduduki Putrajaya.

Pas juga bermati-matian meminta sokongan agar supaya Anwar Ibrahim boleh mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri. Perjuangan Pas,bukanlah demi memartabatkan kesucian islam, sebaliknya hanya mahu menolong rakan pakatannya daripada DAP dan PKR berkuasa.

Double Standard Pas terlihat di Selangor, apabila Datuk Hassan Ali tidak mendapat pembelaan daripada Pas, apabila exco kanan Kerajaan Selangor itu mencuba meneggakkan syiar islam di Selangor.

Dalam isu arak, serbuan ke atas gereja GMDU, Hassan Ali tidak mendapat "backing" daripada Pas, malah jawatannya sebagai Pesurujaya dilucutkan. Kini, tersebar luas, bahawa Pas tidak akan mencalonkannya pada PRU-13 akan datang.

Nampaknya pemimpin Pas, bersandiwara di mana-mana, apabila di negeri majoriti islam, maka akan bercakap soal islam, apabila bercakap di negeri-negeri yang bukan bermajoriti islam, akan bercakap soal negara kebajikan.

Sandiwara Pas ini bermula tahun 1990, apabila bergabung dengan S-46 membentuk Anggatan Perpaduan Ummah (APU) dan dilain pihak bersama dengan DAP dalam Barisan Alternatif.

Kita saksikan semua cara itu tidak berjaya, untuk merampas kerajaan Persekutuan. Kini, akibat keghairaan selepas PRU-12, mereka membentuk Pakatan Rakyat, dalam usaha merampas Putrajaya.

Yang peliknya, kenapa Nik Aziz tidak menggelar DAP sebagai parti Syaitan, kerana parti itu tidakpun memperjuangkan islam, malah Karpal Singh sanggup mati, untuk menghalang, pembentukan negara islam.

Dolak-dalik Nik Aziz, pada akhirnya akan memakan dirinya sendiri.

PRU-13 adalah penetuan, apakah double Standard Nik Aziz itu diterima rakyat.

No comments:

Blog Archive