Latest News

Mahkamah Jalan Duta: Sodomi II: Ada kes prima facie terhadap Anwar

Pengulunggan hujah Peguamcara II Datuk Yusof Zainal Abiden menegaskan, bahawa ada kes prima facie terhadap Anwar.

Peguamcara II itu, yang mengetuai pasukan pendakwaan, memberitahu mahkamah, bahawa Anwar hanya menafikan pertuduhan secara lisan, tanpa menimbulkan keraguan terhadap bukti-bukti yang dikemukakan kepada mahkamah, seperti penemuan DNA Lelaki Y didubur Saiful, yang ternyata DNA itu adalah DNA Anwar.

Barisan peguam Anwar meminta masa untuk membalas hujah pihak pendakwaan. Hakim Mohd Zabidin Md Diah memutuskan, hujah balas pegauam Anwar ditangguhkan pada 15 Disember, 2011 jam 9.30 pagi.

Anwar dituduh meliwat pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan. kali terakhir pada 26 Jun, 2008, di sebuah Kondominum, di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

0 Response to "Mahkamah Jalan Duta: Sodomi II: Ada kes prima facie terhadap Anwar"

Blog Archive