Thursday, December 15, 2011

Dr Hassan Ali nak keluar Pas- Mahfuz kata-silakan

PAS tidak pernah menghalang mana-mana pemimpinnya daripada meninggalkan parti dan menyertai Umno, termasuklah exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

"Terpulangkan kepada dia," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (gambar) ketika diminta mengulas desas desus bahawa Dr Hasan akan keluar parti.

Sejak beberapa tahun lalu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri sering dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong idea kerajaan perpaduan kedua-dua parti Melayu terbesar itu.

Dr Hasan bahkan pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan Melayu-Islam, termasuk PAS dan Umno.

Anggota parlimen Pokok Sena itu menegaskan, PAS mampu menangani perkara itu jika berlaku (Hassan keluar Pas) kerana pernah melalui pengalaman seumpamanya sebelum ini.

"Isu keluar parti ini PAS sudah lama lalui dah. Presiden parti pun pernah keluar.

"Tetapi PAS masih terus berjalan seperti biasa," katanya merujuk kepada keluarnya presiden keempat parti Islam itu Datuk Asri Muda pada tahun 1982 akibat krisis kepimpinan.

Mahfuz juga menegaskan, PAS sentiasa bergerak sebagai sebuah organisasi dan tidak pernah bergantung kepada mana-mana individu untuk tujuan itu, demikian kata Naib Presiden Pas itu.

No comments:

Blog Archive