Latest News

Akhirnya Khir Toyo akhiri kerjaya politiknya

TIADA Pilihan lagi bagi Dr Khir Toyo, mantan Menteri Besar Selangor, yang dipaksa turun oleh rakyat, kerana kekalahan BN di Selangor pada PRU-12.

Mantan menteri besar ini, sebelum ini terkenal dengan sebutan MB-Penyapu, atas sebab memberikan hadiah penyapu kepada Presiden MPT yang mendapat kuitipan terendah dalam kuitipan cukai pintu dan tanah.

Akibat perbuatannya itu, maka ramai penjawat awam marah, akibatnya BN kalah.

Khir Toyo, sebelum masuk politik, hanya mantan doktor gigi yang pernah beerkhidmat di Kinabatangan Sabah, dan kerana bernasib baik, maka di pilih menggantikan Tan Sri Abu Hassan sebagai MB Selangor.

Abu Hassan, terpaksa melepaskan jawatan MB Selangor, kerana kontraversi pengubahsuaian rumah MB, yang kononya ada unsur rasuah.

Selepas melepaskan jawatan MB, isu Khir Toyo menjadi panas, apabila wakil rakyat DAP mendedahkan bahawa rumah agamnya binaan ala bali bernilai RM24juta.

Ekoran pendedahan itu, maka SPRM menjalankan sisatan. Hasil sisatan SPRM, terbongkar bahawa mantan MB itu mendapatkan harta, jauh lebih murah daripada harga harta itu.

Walaupun alasan yang diberikan Khir, bahawa pembelian harta itu, berasaskan willing sale willing buy, namun, atas kedudukkan sebagai MB masa itu, maka sipenjual mahu menjualnya pada harga diskaun yang sangat tinggi, atas sebab mungkin akan mendapat balasan "projek" daripadanya.

Si pejual Shamsuddin Hayroni mempunyai banyak projek harta di Selangor pada masa Khir Toyo masih menteri besar.

Walaupun dalam mahkamah belum terbukti, bahawa Khir memberikan habuan projek kepada si penjual, namun Hakim mendapati adalah satu kesalahan mendapatkan harta dengan harga yang murah.

Keputusan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki adalah:Dr Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu yang dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari ini.

Dalam pada itu, Mohtarudin turut memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.

Keputusan itu dibuat menurut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak sementara menunggu rayuan.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dr Khir akan mengumumkan keputusan kedudukan pada 9 Januari 2012, apakah melepaskan ADUN Sunagai Panjang atau sebaliknya.

0 Response to "Akhirnya Khir Toyo akhiri kerjaya politiknya"

Blog Archive