Friday, November 11, 2011

Tony Pua dan Nurul Izzah sabotej Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)

SEJAK awal minggu ini, lobby parlimen menjadi tempat bagi Tony Pua dan Nurul Izzah mempamerkan barangan yang dijual melalui Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Pua dan Nurul mendakwa bahawa harga barangan yang dijual melalui KR1M tidaklah semurah sepertimana yang digembar gemburkan oleh kerajaan.

Hari ini pula, dua wakil rakyat Pakatan itu mendakwa, bahawa susu segar yang dijual di KR1M mengandungi sejenis bakteria yang boleh menyebabkan ceret beret E.coli. Kuman E.coli, biasanya terdapat pada najis manusia.

Nampaknya Pakatan bukan sahaja menyerang BN dari segi politik, malah menyerang apa sahaja yang dilakukan termasuk KR1M.

KR1M diwujudkan oleh kerajaan demi memberi pilihan kepada rakyat memberi barangan keperluan dengan harga yang murah berbanding pasar-pasar yang lain.

Namun, berasaskan tindakan wakil rakyat Pakatan, ada kemungkinan rakyat akan takut membeli belah di KR1M, atas sebab barangan yang dijual disamping bukan berharga murah, malah tidak selamat.

Satu sabotej terancang. Fikir-fikirkan lah.

No comments:

Blog Archive