Latest News

MAIS larang Aziz Bari bentang kertas kerja di KUIS

Profesor undang-undang Abdul Aziz Bari, yang sebelum ini didakwa kritikal terhadap Sultan Selangor, telah dilarang oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) daripada membentangkan kerta kerja di satu seminar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Terletak di Kajang, KUIS merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi milik penuh MAIS, yang terletak di bawah bidangkuasa Sultan Selangor.

Aziz dijadual membentangkan kertas kerja di seminar itu pagi esok.

Bagaimanapun, katanya, pagi tadi beliau menerima notis yang memaklumkan bahawa seseorang di MAIS, telah meminta pihak penganjur menggugurkan kertas kerjanya.

Katanya, pihak penganjur telah merayu kepada mereka untuk mengekalkan beliau seperti yang dijadualkan kerana orang ramai datang ke seminar itu untuk mendengar ucapannya.

Pakar undang-undang itu menjadi tajuk utama akhbar bulan lalu apabila polis menyiasatnya di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung komennya mengenai titah Sultan Selangor berhubung 'pemeriksaan' Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap makan malam kesyukuran yang diadakan di Damansara Utama pada 3 Ogos.

Berikutan ini, UIA telah digantung perkhidmatan Aziz selama enam hari. Penggantungan itu ditarik balik selepas bantahan besar daripada pelbagai pihak, termasuk pelajar universiti di seluruh negara dan para ahli akademik.

0 Response to "MAIS larang Aziz Bari bentang kertas kerja di KUIS"

Blog Archive