Latest News

Isu NFC: Sampai bila Kerajaan dihentam?

PKR hari ini mendedahkan lebih banyak berhubung apa yang didakwa mereka sebagai penyelewengan dalam pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada projek penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan.

Kali ini, setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata bahawa NFC memperuntukan RM31,580 bagi ketua pegawai operasinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran menunaikan ibadah umrah.

“(Sebelum ini) kita dah dedahkan tentang pembelian kondo mewah, lawatan keluar negara, dan dana subsidi yang dimilik Shahrizat Jalil dan kali ini berkenaan dengan bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya pun sekali,” katanya.

Beliau juga pada sidang akhbar di lobi parlimen itu mendakwa dana awam itu juga disalurkan kepada dua syarikat yang mana Mohamad Salleh mempunyai kepentingan.

Syarikat yang ditubuhkan menggunakan dana awam itu adalah Biofuture Global (M) Sdn Bhd dan Meatworks Singapore Pte Ltd.

Mohamad Salleh adalah suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Sehubungan ini, Saifuddin menggesa polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat transaksi dan urusniaga NFC dengan tumpuan diberikan kepada aktiviti perniagaan dengan National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) serta dua syarikat dari Singapura itu.

Sebelum ini, PKR juga mendedahkan NFC turut menggunakan wang RM250 juta itu membeli dua buah kondominium mewah, One Menerong di Bangsar (atas, kanan) bernilai RM13.8 juta.

0 Response to "Isu NFC: Sampai bila Kerajaan dihentam?"

Blog Archive