Sunday, November 13, 2011

Bekas Timbalan Presiden MIC S Subramaniam jalani pembedahan otak

Bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S Subramaniam dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai hari ini untuk menjalani pembedahan otak.

Adiknya, S Sarojini berkata Subramaniam telah selamat menjalani pembedahan itu pagi tadi. Difahamkan beliau sedang menjalani pembedahan seterusnya.

Sarojini berkata abangnya ke Hospital Assunta di Petaling Jaya semalam selepas menghadapi masalah kesihatan sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Pantai pagi ini.

Turut hadir di hospital berkenaan ialah bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk SKDevamany serta Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M Saravanan.

Subramaniam, 67, ialah bekas Anggota Parlimen Segamat dari 1990 hingga 2004 dan seorang bekas Timbalan Menteri.

Beliau pernah berkhidmat di beberapa kementerian, antaranya Kementerian Pertanian, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kira-kira 30 orang termasuk ahli keluarga, rakan dan pemimpin MIC sedang menunggu di luar ICU.

Subramaniam mempunyai tiga anak iaitu dua lelaki berusia 32 dan 33 tahun dan seorang anak perempuan berusia 26 tahun.- Bernama

No comments:

Blog Archive