Saturday, November 12, 2011

Apa sahaja Titah Sultan Selangor- salah bagi Aziz Bari

AZIZ Bari memberi komen lagi,kali ini berhubung Titah Sultan kepada ADUN Selangor, berkaitan satu Rang Undang-undang, Julai lalu. Menurut Aziz, Sultan Selangor mungkin telah melangkaui batas kuasa baginda dengan menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meluluskan Rang Undang-Undang itu.

Titah bertarikh 11 Julai itu - antara lain berbunyi:

"Selaku Ketua Agama Islam Negeri ini, Beta bertanggungjawab untuk memastikan pentadbiran Agama Islam dalam Negeri ini berjalan dengan lancar dan berkesan.

"Oleh yang demikian, Beta menitahkan semua Ahli Yang Berhormat supaya bersetuju dengan semua cadangan pindaan yang dikemukakan dan seterusnya meluluskan Rang Undang-undang tersebut supaya semua cadangan dapat dilaksanakan dengan segera,"

Aziz, seorang pakar dalam soal perlembagaan dan telah banyak menulis mengenai peranan raja, berkata perlembagaan mungkin tidak memperuntukkan kepada sultan kuasa sedemikian.

Menurutnya, walaupun Perlembagaan Persekutuan - Perkara 3 (2) dan Seksyen 1 (2) (d) Jadual Kelapan - dengan jelas menyatakan bahawa sultan boleh bertindak tanpa atau berlawanan dengan kerajaan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam dan adat Melayu, tetapi senyap pada bahagian mengenai badan perundangan.

"Sementara dalam perkara-perkara mengenai Islam sultan boleh mengabaikan nasihat kerajaan, perkara yang sama tidak boleh digunapakai berkaitan dengan badan perundangan... Kita sekarang berhadapan dengan kuasa perundangan yang tidak terkawal oleh kerajaan.

"Sultan hanya bebas daripada kerajaan, tetapi itu tidak bermakna bahawa baginda juga bebas daripada Dewan," kata Aziz ketika dihubungi hari ini.

No comments:

Blog Archive