Tuesday, October 04, 2011

Sodomi II: Karpal masih persoal "State of mind" Saiful

Atas alasan mahu mengetahui "state of mind" Saiful, mangsa liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka Karpal mahu DS Najib dan isterinya Datin Rosmah menjadi saksi pembelaan.

Karpal mengguna pakai temubual dengan rakan Datin Rosmah-Datuk Mumtaz Begum Jaafar yang ada mengatakan bahawa memang ada pertemuan antara Najib-Rosmah-Saiful pada 24 Jun, 2008, dua hari sebelum kejadian terakhir mangsa diliwat di sebuah kondominum, di jalan setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Mangsa telah membuat laporan polis di pondok polis HKL pada 28 Jun, selepas dinasihatkan oleh pihak hospital itu, kerana mengaku diliwat.

Mangsa pada 28 Jun, terpaksa ke hospital kerana gangguan tidak dapat membuat air besar.

Yang ingin diketahui Karpal, apa kah semasa pertemuan itu, mangsa ada mengadu perbuatan liwat? Apa kah DS Najib ada memberi nasihat? agar mangsa perlu membuat laporan polis?

Satu persoalan? apa relevannya maklumat itu? sedangkan mangsa telahpun diliwat beberapa kali, manakala kejadian pada 26 jun, merupakan kejadian terakhir (seperti mana keterangan mangsa di mahkamah pada februari,2010).

DS Najib dan Datin Rosmah sedang menunggu keputusan mahkamah pada Khamis, apa kah permohonan menolak sepina akan berjaya.

Hari ini, sodomi II akan diteruskan untuk mendengar keterangan pengarah jabatan kimia, Lim Kong Boon dan kemudian mahkamah juga akan mendengar saksi misteri pihak pembelaan.

No comments:

Blog Archive