Sunday, October 02, 2011

Masih relevan kah MCA?

AGM MCA ke-58 hari ini akan mencongak apakah parti yang berusia 62 tahun itu masih relevan di mata kaum cina.

Parti terbesar ke-dua BN tersebut telah mengalami tusnami politik pada PRU-12, dimana hanya 15 Parlimen dan 32 ADUN yang dikuasainya.

Berasaskan keputusan PRU-12, MCA telah kehilangan 30 peratus sokongan kaum cina, dan pada beberapa PRK kecil, ternyata sokongan itu semakin menjunam.

Ambil contoh PRK Tenang, Johor misalnya-pengundi kaum cina yang mengundi BN hanya 18 peratus daripada jumlah pengundi kaum cina yang terdaftar.

Kaum cina sebenarnya telah hilang kepercayaan terhadap MCA akibat daripada skandal demi skandal yang melanda parti itu.

Dua mantan pemimpinnya Tun Ling Liong Sik dan Tan Sri Chan Kong Choy didakwa kerana kes rasuah yang membabitkan bilion ringgit.

Selain itu, MCA kini dipimpin oleh Datuk Chua Soi Lek juga mempunyai kes moral yang teruk.

Tanda-tanda sokongan kaum cina terhadap MCA semakin terhakis, apabila tauke-tauke cina mengalihkan sebahagian harta mereka daripada negara ini ke Singapura. Tan Sri Robert Kuok misalnya, telah keluar daripada pasaran saham BSKL, ke Singapura, sementara YTL Group pula telah membeli IPP di Singapura bernilai RM9.1B.

Persepsi kini, MCA bukan sahaja kalah bertempur akan tetapi sebenarnya telah kalah perang ditangan DAP.

MCA hanya tinggal nama dalam BN akan tetapi tidak mempunyai akar umbi. Kaum cina lebih percaya pada Lim Kit Siang berbanding Chua Soi Lek.

Mungkin itu yang dirasakan oleh pemimpin MCA, sebab itu mereka menyatakan bahawa parti itu tidak mahu sebarangan jawatan, jika parti mengalami kekalahan teruk semasa PRU-13.

No comments:

Blog Archive