Tuesday, October 04, 2011

Mahkamah Jalan Duta; Rupanya saksi misteri itu staff Anwar sendiri

Seperti dijadulkan, saksi misteri yang menjadi tanda tanya pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya tampil.

Mohd Najwan Halimi dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung semula selepas rehat sebentar.

Najwan merupakan bekas rakan sekolej pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kini menjadi pembantu Anwar untuk tugasnya sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Semasa disoal baik oleh pendakwa mahupun pembela, saksi misteri ini tiada apa-apa yang boleh membantu pembelaan Anwar, kerana kebanyakkan keterangannya hanya membabitkan tingkah laku Saiful semasa masih pelajar.

Selain itu, saksi ini mengaku ada menghantar e-mail kepada Anwar, bahawa Saiful adalah penyokong BN.

No comments:

Blog Archive