Friday, October 14, 2011

Lim Guan Eng yakin tanpa sokongan melayupun DAP tetap memerintah Pulau Pinang

Walaupun DAP melantik beberapa orang melayu sebagai pemimpinnya, misalnya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan Zairil Khir Johari, pada hakikatnya parti itu tetap yakin, tanpa sokongan kaum melayupun,DAP akan terus menguasai Pulau Pinang.

Kerusi DAP akan hanya berkurang, jika komponen BN MCA dan Gerakan mampu menarik semula sokongan kaum cina. Namun, pada hakekatnya dua komponan BN itu hanya tinggal nama sahaja di mata kaum cina.

Berasaskan kepada keputusan PRU-12 lalu, 29 kerusi yang dimenangi DAP-PKR-PAS, 23 kerusi dimenangi calon-calon kaum cina. Sementara kaum lain, india 3 (DAP 2, PKR 1), manakala melayu hanya mewakli 3 kerusi (PKR 2 dan Pas 1).

Keadaan terkini, dikhabarkan bahawa sokongan kaum cina dan india terhadap DAP masih diparas 80 peratus. Berasaskan kepada peratusan ini, peluang parti MCA dan Gerakan sudah tertutup.

Jika dimabil kira kawasan-kawasan yang majoriti kaum cina, DAP dengan mudah mampu mempertahankan 19 kerusi, manakala PKR dengan mudah mempertahankan 6 kerusi. Walaupun undi melayu akan menyokong BN misalnya, hanya tiga kerusi bakal terlepas kepada BN, manakala satu kerusi masih dalam kedudukkan 50:50.

Walaupun DAP dan PKR kehilangan kuasa 2/3 di DUN Pulau Pinang, namun Pakatan DAP dan PKR akan terus memerintah.

Selepas PRU-13, kita akan menyaksikan bahawa semua wakil rakyat yang memerintah adalah daripada kaum Cina dan India, tanpa seorangpun daripada kaum melayu.Atas sebab itu, apapun keadaan Anwar Ibrahim, para pemimpin DAP akan menyanjungnya, kerana atas sebab Anwarlah salah satu negeri melayu telah terlepas daripada genggaman melayu. Tahniah kepada Anwar!!!!

No comments:

Blog Archive