Monday, October 10, 2011

Disebalik tomahan Pembangkang terhadap Bajet 2012

Pembangkang menginterprestasi Bajet 2012, adalah tindakan susulan kerajaan terhadap tsunami politik 2008, demikian kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu, Pesurujaya Pas Pahang itu juga mengatakan bahawa Bajet 2012 merupakan morphin kepada rakyat, dan apabila kesannya luput, maka kesakitan terhadap rakyat akan menjelema semula.

Kenapa Bajet 2012 mendapat tomahan daripada pembangkang? Sebabnya adalah, apabila bajet alternatif mereka, telah tersasar jauh daripada kehendak rakyat majoriti, manakala bajet BN, telah mengetuk hati nurani dan kehendak majoriti.

Dalam sistem demokrasi, yang paling penting adalah sokongan majoriti. Tidak mungkin mendapat sokongan daripada semua.

BN melalui bajet 2012 telah menjawab kehendak majoriti rakyat, baik di bandar mahupun luar bandar. Bajet itu juga telah menjawab kehendak rakyat baik yang makan gaji mahupun yang berkerja sendiri.

Andaian Pas bahawa Bajet itu adalah morphin adalah persepsi mereka, kerana kerajaan yang mahu mempertahankan sokongan rakyatnya akan senantiasa memberikan apa yang mereka kehendaki.

Kerajaan kadangkala tidak dapat berkompromi dalam soal-soal kekeselamatan negara, kerana itu perlu untuk melindungi rakyat majoriti.

Kaum yang minoriti akan senantiasa membuat bising, agar suara mereka terdengar, kononnya itulah kehendak rakyat. Mereka lupa pertimbangan, lupa fakta, mereka senantiasa meneggakan benang yang basah.

Bagi pembangkang, apabila kerajaan membuat tindakkan demi kebaikan negara dan rakyat, perkara itulah yang mereka bangkang habis-habisan. Mereka tidak senang hati apabila kerajaan melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Bajet 2012 adalah bajet seimbang antara projek mega dan projek yang memberi kesan secara langsung kepada kelompok sasaran.

Projek rancangan khas yang berjumlah RM6 bilion merupakan projek langsung yang menepati kelompok sasaran, khas penduduk luar bandar.

Bantuan untuk sekolah misalnya, melalui bajet itu, RM400 juta untuk sekolah kebangsaan yang meliputi semua kaum, manakala khusus untuk kaum cina dan india masing-masing RM100 juta.

Melalui bajet 2012 juga telah tercipta satu sejarah, bahawa alam persekolahan di negara ini adalah percuma, dan ini membuatkan negara kita salah satu negera yang memberikan pendidikan kepada anak-anak daripada sekolah rendah hingga ke menengah tanpa apa-apa bayaran (sekolah percuma).

Sebenarnya, pihak pembangkang sangat cemburu dengan bajet kerajaan, akan tetapi kerana sifat mereka, maka yang baikpun dikatakan tidak baik. Hati mereka telah tertutup kepada kebaikkan.

No comments:

Blog Archive