Saturday, October 08, 2011

Bajet 2012: Tidak dibentangkan gaji minimum

Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam bertolak belakang dengan Bajet Pakatan yang dibentangkan pada Selesa, kerana Bajet BN tidak mencadangkan mengenai gaji minimum.

Selain itu, Bajet BN itu lebih mengutamakan pada rakyat yang telah bekerja, terutamanya sektor awam.

Bajet yang berjumlah RM230.833 bilion tersebut merupakan bajet defisit kerana anggaran pendapatan negara pada tahun didepan diunjurkan hanya RM189 bilion.

DS Najib telah meneruskan tradisi, bahawa BN telah membentangkan bajet defisit 14 tahun berturut-turut.

Namun yang paling menarik pada bajet tersebut adalah peruntukkan RM6bilion untuk projek-projek khas luar bandar. Peruntukan ini akan merancakkan perekonomian luar bandar walaupun dalam masa jangka pendek.

Diperkirakan melalui peruntukkan rancangan khas itu, setiap kawasan ADUN akan menerima RM10juta pada tahun 2012. Jumlah ini sangat bermakna kepada penduduk luar bandar.

Selain itu, peruntukkan kepada Kementerian pelajaran yang berjumlah RM50 bilion, juga sangat menguntungkan penduduk luar bandar. Penduduk luar bandar merupakan 66% daripada jumlah pengundi dan 58% daripada jumlah rakyat negara ini.

Untuk mengurangkan beban rakyat, Kerajaan BN mencadangkan agar lebih banyak Kedai Runcit 1Malaysia, kerana melaluinya rakyat boleh membeli barangan 40% lebih murah dibanding kedai-kedai runcit lain di negara ini.

Selain itu, untuk mengekang inflasi, digalakan agar gerai-gerai makan menyediakan menu 1Malaysia, di mana sarapan pagi berharga RM2 dan makan tengah hari RM4.

Melalui bajet itu juga, untuk pertama kali Ketua Surirumah diberi imbuhan sebanyak RM500 setahun, bukan secara ONE OFF, ertinya saban tahun keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan adalah layak.

PM Najib mencadangkan agar persekolahan di negara ini adalah sekolah percuma, di mana tiada apa-apa bayaran yang diperlukan lagi. Selain itu, mulai tahun depan setiap anak yang memulakan alam persekolahan akan menerima RM100 bagi setiap murid, bermula daripada tahun 1 hingga tingkatan 5.

Bagi pelajar di perguruan tinggi pula akan menerima RM200 setahun untuk elaun buku bermula tahun depan.

Selain itu, Kerajaan juga akan terus memberi subsidi kepada barangan pokok seperti beras, tepung, minyak masak dan gula dan meneruskan subsidi kepada RON95 dan LPG.

(hanya sebahagian daripada Bajet 2012 BN)

No comments:

Blog Archive