Monday, September 12, 2011

PRU13: Undi kaum india penentu di Selangor

Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka tumbang sekiranya undi masyarakat India kembali memihak BN pada pilihan raya umum akan datang.

Mangsa hayunan politik pengundi India itu mungkin termasuk ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Dzulkefly Ahmad dari PAS yang memegang kerusi Kuala Selangor.

Turut dikatakan akan terjejas termasuk kerusi dewan undangan negeri yang dipegang oleh Menteri Besar selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Ijok dan kerusi pengarah penerangan PKR Nik Nazmi Nik Ahmad di Seri Setia.

"BN mampu menang sehingga sembilan kerusi parlimen tambahan jika 30 peratus undi (masyarakat India) kembali kepada parti pemerintah," kata penganalisis politik, Ong Kian Ming di sebuah forum di Petaling Jaya semalam.

Forum anjuran Persatuan Peniaga India Malaysia (MIBA) ini mengumpulkan ahli politik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang, ahli akademik, masyarakat sivil dan ahli perniagaan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai 'pertempuran memenangi hati dan undi masyarakat India'.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri pula, menurut Ong (gambar), jika hayunan itu berlaku, tidak kurang 14 akan berjaya diramapas semula oleh BN.

No comments:

Blog Archive