Friday, August 05, 2011

Isu Gereja GMDU: Bagi PAS-tak apa penganut islam dimurtadkan

Pemeriksaan JAIS ke atas satu majlis "memurtadkan" 12 penganut islam yang berlangsung di Gereja Methodist Damansara Utama pada malam Rabu, tidakpun mendapat liputan daripada parti Pas, bahkan lidah rasmi parti itu Harakah tidak menyentuhpun kejadian itu.

Apa yang adalah kecaman kepada JAIS daripada Timbalan Persurujaya PAS Selangor Khalid Samad yang juga wakil rakyat Shah Alam.

Selain itu, rakan Pas dalam Pakatan PKR melalui MB Selangor Tan Sri Khlaid Ibrahim, malah menghubungi Paderi Senior GMDU Daniel Ho untuk meminta maaf, dan berjanji akan berjumpa paderi tersebut, selepas menerima laporan terperenci mengenai "serbuan" tersebut.

Sementara itu, Exco Kerajaan Selangor yang bertanggungjawab ke atas JAIS-Datuk Dr Hassan Ali, pemeriksaan-bukan serbuan seperti istilah yang digunakan portal Malaysiakini mempunyai asas dan bukti kukuh bahawa majlis tersebut adalah majlis memurtadkan penganut agama islam, malah penganjurnya sendiri adalah beragama "islam".

Melalui isu ini, nampak sangat bahawa Pas sanggup mempermainkan soal agama, semata-mata memelihara hubungannya dengan DAP dan PKR. Bagi Pas, biar apapun berlaku pada penganut agama islam yang cuba dimurtadkan sudah tidak menjadi soal, asalkan, sokongan mereka yang bukan beragama islam akan terus kukuh kepada parti itu demi politik.

Pas menyedari bahawa sokongan kaum bukan islam sangat diperlukan oleh parti itu untuk menumpaskan Umno, kerana mereka tahu apabila dapat menarik antara 5-10% pengundi bukan islam di kawasan-kawasan yang majoriti melayu, maka calon-calon parti itu akan berjaya menumpaskan calon UBN. Dengan perkiraan demikian, maka walaupun terdapatnya kegiatan memurtadkan penganut islam oleh bukan islam, parti Pas akan terus menutup mata.

Metodologi gerakan memurtadkan penganut agama islam ada kaitan dengan soal ekonomi. Sesiapa yang mahu menerima isa al-maseh akan diberi ganjaran kewangan dan bantuan secara terus menerus. Sebab itu, gerakan itu mempunyai slogan " dream"!!!

No comments:

Blog Archive