Wednesday, July 06, 2011

Wardina dapat pembelaan ADUN Seri Setia

ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad kesal kerana kehadiran Wardina Safiyyah dalam satu program anjurannya dijadikan modal fitnah oleh penulis blog tertentu yang menyerang personaliti televisyen popular itu.

"Mari kita bertempur di gelanggang politik, sebagai orang politik tanpa perlu mengheret pihak-pihak lain.

"Kewibawaan Wardina sebagai ikon muslimah jauh berbanding blogger-blogger murahan tersebut yang mengambil pendekatan aib, fitnah dan tohmah," kata Nik Nazmi lagi yang turut memohon maaf kepada Wardina.

Isu berhubung kehadiran Wardina di program anjuran PKR pada 26 Jun lalu itu memuncak beberapa hari kemudian apabila gambar artis popular itu dimuatkan dalam laman web pro-Umno.

Laman web berkenaan antara lain turut membangkitkan mengenai keberanian Wardina dalam memperlihatkan sokongan terhadap PKR sedangkan beliau didakwa telah "dicurahkan dengan bayaran mewah oleh TV3."

Katanya, beliau menjemput Wardina secara peribadi untuk hadir ke program berkenaan bagi menyampaikan ceramah motivasi berhubung isu keibubapaan.

"Wardina merupakan sahabat saya dan saya menganggapnya sebagai ikon muslimah muda yang mampu menarik masyarakat pelbagai kaum," kata Nik Nazmi lagi dalam satu kenyataan hari ini.

No comments:

Blog Archive