Monday, July 18, 2011

Pusat Hiburan: PAS tersangat gerun dengan Karpal Singh

Kerajaan Kedah terpaksa menarik balik larangan operasi 13 jenis Pusat Hiburan di negeri itu semasa bulan Ramadhan yang diumumkan kerjaan Kedah minggu lalu, kurang 24 jam apabila Karpal Singh memberi kata dua agar supaya larangan tersebut ditarik.

Serentak dengan amaran tersebut, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri setuju menimbangkan semula larangan berkenaan bagi menggembirakan semua pihak yang menentang keputusan itu.

PAS memang benar-benar gerun terhadap Karpal Singh.

Melihat kepada kejadian ini, sepatutnya para penyokong Pas melihat bagaimana rapuhnya pendirian para pemimpinnya.

Sebelum ini Dewan Pemuda Pas Pusat telah menyokong keputusan kerajaan Kedah tersebut.

No comments:

Blog Archive