Tuesday, July 19, 2011

Post Himpunan Bersih: Pas pasang angan-angan

Parti Pas mula pasang angan-angan,dengan mengambil iktibar terhadap "kejayaan" bersih pada 9 julai lalu.

Pada PRU-12 lalu, walaupun Pas merupakan parti terbesar dalam Pakatan, namun mempunyai kerusi terkecil di dewan rakyat berbanding PKR dan DAP. Daripada jumlah 82 kerusi yang dimenangi Pakatan, Pas hanya menyumbang 23 kerusi.

Berasaskan kepada kemampuan Parti Pas menghimpun puluhan ribu pada himpunan bersih pada 9 Julai lalu, maka kini Pas telah yakin bahawa parti itu mendapat sokongan bukan sahaja daripada kaum melayu tetapi daripada kaum cina dan india.

Selain itu pembaharuan perjuangan parti itu, daripada parti islam kepada parti berasaskan kebajikan-telah mengkikis anggapan kaum bukan islam dimana selama ini menjadi penghalang kepada parti itu mendapat sokongan bukan islam. Melalui perubahan itu, sebenarnya Pas telah mempelagiat perjuangan Umno, sehingga ada yang mengatakan bahawa perjuangan parti itu adalah Umno palsu.

Pada PRU-13 akan datang Pas dikhabarkan akan mengambil semula kerusi-kerusi tradisinya yang diberikan kepada PKR. Kawasan-kawasan tersebut termasuk Machang di Kelantan-yang kini diwakili oleh Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution. Selain itu, kawasan Kulim-Bandar Baharu yang kini diwakili calon bebas Zulkifli Noordin selepas wakil rakyat tersebut dipecat daripada PKR. Juga, dalam senerai kawasan yang akan diambil semula Pas adalah Bayan Baru dan Bagan Serai. Melalui tambahan beberapa kerusi itu, Pas berharap menjadi penyumbang kerusi terbanyak dalam gabungan 3 parti Pakatan.

Apabila Pas menjadi penyumbang parti terbesar dalam Pakatan, maka harapan parti itu agar Presidennya menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia cukup cerah.

Anwar bagi Pas tidak boleh dijadikan sandaran, kerana pemimpin Umum PKR itu menghadapi isu moral yang kronik, sehinggakan jika Anwar menjadi Perdana Menteri-Malaysia akan menjadi ijikkan daripada negara luar terutama negara-negara OIC.

No comments:

Blog Archive