Sunday, July 24, 2011

Norway: Pembunuh itu adalah anti islam

Pembunuh-Anti Islam
Nama pembunuh berdarah dingin itu Anders Behring Breivik, 32. Sebelum kejadian meletupkan bangunan kerajaan di ibu kota Norway, Oslo, Breivik telah menulis 1500 muka surat manifestonya berjudul “Knights Templar 2083” berhubung tindakkannya tersebut.

Pembunuh adalah anggota parti ultra kanan populist Progress Party adalah anti islam dan keterbukaan budaya yang diamalkan parti buruh (labor party)yang sedang memerintah.

Breivik (gambar), sebelum melakukan pembunuhan rambang di disebuah pulau kecil, di mana pekemahan musim panas para remaja dan kanak-kanak yang kebanyakkanaya beragama islam, pembunuh berdarah dingin itu sempat meletopkan bangunan kerajaan.

Setakat ini, seramai 93 orang dinyatakan mati terbunuh dan 97 tercedera.

Yang peliknya, Breivik tidak merasapun bersalah atas tindakan itu, sambil mendakwa ianya sesuatu yang perlu, bagi membendung penyebaran agama islam di Norway khasnya dan Eropa amnya.

Breivik, dalam notanya sebelum kejadian pembunuhan beramai-ramai itu berkata bahawa jika ingin bertindak, maka perlu melibatkan ramai yang terorban, baru lah tindakan itu adalah tindakan berbaloi.




Semasa melakukan tindakan, Breivik berpakaian seragam polis Norway.

No comments:

Blog Archive