Saturday, June 04, 2011

Muktamar Pas: Maklumat tak rasmi Mat Sabu menang Jawatan Timbalan

Keputusan pemilihan PAS akan diketahui secara rasmi pada pukul 10 pagi ini, namun maklumat dalaman yang tidak rasmi, Mohammad Sabu (Mat Sabu) melakukan kejutan.

Mat Sabu dikatakan telah menumpaskan penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan pendatang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kemenangan Mat Sabu, sesuai dengan aspirasi akar umbi parti itu, berasaskan jumlah pencalonan yang diperolehi olehnya.

Sebelum pemilihan semalam, para pemimpin ulama dalam Pas, termasuk Harun Taib dan Harun Din, berharap agar status quo dalam Pas dikekalkan, yakni agar jawatan No 1 dan 2 adalah dari kalangan ulama.

Kemenangan Mat Sabu, merupakan perubahan besar dalam parti itu; yakni meninggalkan asas penubuhan parti itu.

Sementera itu, percobaan Nizar Jamaluddin, mantan MB Perak, gagal apabila penyandang- Salahauddin Ayob dan Maffuz Omar dikatakan juga menang. Selain itu, exco kerajaan Kelantan-Hussam Musa juga menang.

No comments:

Blog Archive