Wednesday, June 01, 2011

Muktamar ke 57 Pas: Ustaz Nasha jadi budak keroyokan

Belumpun Muktamar bermula, telah disebarkan bahawa Ustaz Nasharudin Mat Isa telah menarik diri.

Ramai dikalangan ulama dalam Pas, mahu Tuan Ibrahim Tuan Man menang, atas sebab itu, usaha-usaha untuk memaksa Ustaz Nasha berundur dilakukan.

Ramai yang berpendapat, jika pertandingan tiga penjuru diteruskan, Mat Sabu mempunyai peluang yang amat cerah.

Sebelum muktamar ini, dikhabarkan Mat Sabu memperoleh pencalonan tertinggi, meskipun jumlahnya tidak diketahui.

Minggu lalu, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib, menggesa agar tradisi Pas diteruskan dalam pemilihan timbalan Presiden, yakni Presiden dan Timbalannya daripada kalangan ulama.

Para penganalisis berkata, pada Muktamar kali ini, mungkin tradisi Pas itu akan lebur dan untuk pertama kali, Timbalan bukan dari golongan bukan ulama.

Mat Sabu, mungkin diperlukan oleh akar umbi Pas, kerana cara berpolitiknya mengikut keadaan semasa. Mat Sabu, petah bercakap, petah mengeluarkan hujah, walaupun hujah itu tidak berpijak di bumi nyata.

Dalam perkembangan lain dikhabarkan Nasharudin Mat Isa masih dalam persaingan mempertahankan kerusi timbalan presiden PAS,khabar angin sengaja disebarkan kononnya beliau sudah pun menarik diri.

Nasharuddin menyandang jawatan Timbalan Presiden Pas sejak tahun 2005, berjaya mempertahankan jawatan itu pada tahun 2009, juga melalui pertandingan tiga penjuru, termasuk Mat Sabu.

No comments:

Blog Archive