Pengarah Ditamas Datuk Shamsuddin Hayroni yang pada mulanya dituduh bersubahat dengan Dr Khir Toyo berhubung pemilikan dua Lot Tanh dan sebuah banglo dibina ala bali di Seksyen 7, Shah Alam; namun dibebaskan pada Isnin, kini menjadi saksi utama pihak pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, Dr Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas melalui pengarahnya, Shamsuddin.
Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Dr Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.
Shamsuddin pula didakwa bersuhabat dengan bekas Menteri Besar itu, untuk melakukan ksalahan tersebut di tempat dan masa yang sama.
Dr Mohamad Khir, yang menjawat jawatan Menteri Besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

No comments:
Post a Comment