Wednesday, June 08, 2011

Kerjasama antara Parti Pas-Parti Umno-Tidak mungkin lagi: Mat Sabu

Kerjasama antara Parti Pas dan Parti Umno-Tidak mungkin lagi, kata Mat Sabu-Timbalan Presdien Pas yang baru.

Namun hubungan antara individu akan diteruskan, kerana itu sifat yang dituntut dalam islam.

PAS kata Mat Sabu, sangat komited dengan DAP dan PKR, kerana parti-parti itu sudah serasi dan sealiran dalam bentuk parti; dan pakatan terbaik melawan Umno/BN.

Menurut Mat Sabu, parti Umno adalah musuh utama parti Pas, dalam politik negara, atas sebab itu tiada asas atau ruang untuk berkerjasama.

Pada Ahad lalu, Timbalan Presiden Umno berkata, walaupun Pas menutup ruang untuk kerjasama, namun pintu Umno senantiasa terbuka kepada parti Pas untuk berkerjasama membentuk kerajaan perpaduan, demi ummah secara keseluruhan, bukan hanya berasas kepada ahli dan penyokong parti.

Malah Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan menyahut kenyataan Muhiyiddin itu, sambil berkata- lupakan sejarah silam, tutuplah buku lama, bukalah buku baru dan lembaran baru-demi kebaikkan seluruh rakyat negara ini.

AYT melihat, selagi Mat Sabu menjadi Pemimpin Pas, tiada ruang untuk Parti Umno dan Parti Pas berkerjasama, kerana Mat Sabu menganggap, bahawa pemimpin Umno adalah pemimpin diktator kerana menindas rakyat dan hanya memperkaya pemimpin serta kroni.

No comments:

Blog Archive