Wednesday, June 08, 2011

Kenapa Anwar tidak hadir Muktamar Pas ke 57?

Muktamar Pas Tahun 2011
Muktamar Pas Tahun 2009
Tidak sama, pada Muktamar Pas ke 56 tahun 2009, Anwar turut hadir bersama Lim Kit Siang semasa perasmian. Namun pada tahun ini, kelibat Anwar tidak kenampakan. Sementara itu, Lim Kit Siang hadir berkaca mata hitam.

Ada yang menafsirkan, ketidak hadiran Anwar itu, agar tidak disalah tafsir oleh golongan ulama sebagai menyokong kepada para pemimpin Pas yang condong kepada Anwar.

Selain itu Anwar sedar bahawa beliau hari ini menjadi liabiliti dan faktor yang bakal menyumbang kepada kekalahan calon-calon yang dilihat pro kepada beliau.

"Beliau juga sedar wujudnya arus yang kuat dalam Pas yang berasakan Anwar telah memalitkan kesan negatif berikutan skandal seksnya sekali gus membina persepsi umum bahawa Pas bersetuju dengan perbuatan terkutuknya itu.

Melalui muktamar itu, terserlah, bahawa Hadi menyindir Anwar apabila presiden Pas itu berkata "Dalam kita mengungkap konsep kebajikan menyeluruh ini, maka kepimpinan yang menerajui negara berkebajikan adalah di kalangan yang berilmu dan bertakwa".

Melihat kepada ucapan Hadi itu, Anwar tidak layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, kerana "ketaqwaannya" diragukan.

Anwar masih bergelut dengan kes sodomi di mahkamah dan yang terbaru, telahpun didedahkan pengelibatannya sebagai pelaku dalam video seks.

No comments:

Blog Archive