Friday, June 17, 2011

FB Curi-curi wang Malaysia lebih ramai peminat berbanding FB CUTI-CUTI MALAYSIA

FB CUTI-CUTI MALAYSIA; FB Kementerian Pelancongan Malaysia yang disandang oleh Naib Presiden MCA Datuk Dr Ng Yen Yen ternyata kalah peminat berbanding dengan FB pesaingnya CURI-CURI WANG MALAYSIA.

FB Kemneterian Pelancongan Malaysia menjadi kontraversi apabila dewan rakyat diberitahu bahawa membina FB enam halaman memerlukan perbelanjaan RM 1,758,432 dengan purata RM293,072 sehalaman.

Berikutan kenyataan itu, maka satu FB yang dibangun oleh mereka yang sangsi atas jumlah perbelanjaan itu yang dinamakan sebagai CURI-CURI WANG MALAYSIA dilancarkan semalam.

Jika dibandingkan jumlah pengunjung kepada laman FB Cuti-cuti Malaysia yang dilancarkan oleh Kementerian pada Mei lalu, dengan FB yang dilancarkan semalam, ternyata jumlah FB baru itu dikunjungi lebih 3 kali ganda berbanding FB kemtenterian tersebut.

Tinjaun pada FB cuti-cuti Malaysia setakat ini hanya dikunjungi 35,042 peminat berbanding saingannya 87,809 peminat.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri menyatakan semalam, bahawa kabinet akan meminta penjelasan mengenai jumlah perbelanjaan tersebut daripada Menteri yang bertanggungjawab dan jika terdapat salah laku, maka kerajaan meminta SPRM menyiasatnya.

No comments:

Blog Archive